5 Khasiat Bunga Cengkih Yang Anda Perlu Tahu
Bunga cengkih adalah salah satu herba yang selalunya dikaitkan dengan resepi dalam masakan. Jika kita makan nasi minyak di kenduri atau nasi beriani di kedai mamak, ini adalah salah satu rempah ratus yang perlu ada didalamnya. Bukan itu sahaja, penggunaannya dalam juadah kari juga sinonim dengan penggunaan herba bunga cengkih.
Walaupun begitu, herba ini ada khasiat dan kelebihannya yang tersendiri. Telah diberitahu bahawa herba ini telah diguna selama beratus tahun dahulu untuk tujuan perubatan. Tapi ramai yang tidak tahu akan kehebatan khasiat bunga cengkih ini dalam merawat beberapa penyakit.
Ini adalah antara khasiat bunga cengkih jika kita gunakannya untuk merawat beberapa masalah penyakit.
1. Sakit Gusi dan Gigi
Herba bunga cengkih mampu untuk merawat masalah mulut seperti sakit gusi dan sakit gigi. Caranya mudah sahaja, hancurkan bunga cengkih dan sapu pada lokasi di dalam mulut yang bermasalah.
2. Mulut Berbau
Jika anda ada masalah mulut berbau, boleh gunakan bunga cengkih untuk merawatnya. Kunyah beberapa tangkai bunga cengkih dan lalukan keseluruh kawasan dalam mulut. Kini di pasaran sudah ada ubat gigi yang berasaskan bunga cengkih. Lagilah mudah untuk merawat masalah mulut anda yang berbau.
3. Angin Dalam Badan
Selain itu, bunga cengkih juga boleh merawat masalah angin dalam badan. Jika perut rasa kembung, meloya & senak, guna terus bunga cengkih. Caranya mudah sahaja, makan beberapa tangkai bunga cengkih atau masukkan kedalam air panas dan biarkan ianya suam-suam dan minum terus. Amalkannya setiap hari.
4. Mabuk Menaiki Kenderaan
Kadangkala bila menaiki kenderaan, kita akan rasa mabuk. Bunga cengkih juga boleh menolong untuk atasi masalah mabuk menaiki kenderaan. Jarang masalah ini berlaku pada seseorang pada waktu ini, tapi ada juga yang kena sakit ini. Jika waktu dahulu, tak ramai yang ada kenderaan, jadi bila naik kereta atau bas, mereka akan rasa gangguan angin seperti mabuk dan meloya. Kunyah beberapa putik bunga cengkih dan sakit mabuk akan berkurangan secara beransur-ansur.
5. Awet Muda
Salah satu khasiat bunga cengkih ini adalah awet muda. Ini saya dapat petua daripada arwah bapa saudara saya sendiri. Beliau setiap hari amalkan 3 tangkai bunga cengkih. Hasilnya wajah akan nampak muda & kulit akan menegang. Bukan itu sahaja, bau badan susah untuk menjadi tengit atau busuk apabila berpeluh.
Ini adalah antara 5 kelebihan yang ada pada bunga cengkih. Walaupun saiznya yang kecil, tapi besar khasiatnya. Walaupun begitu, penggunaannya yang banyak boleh memudaratkan badan. Jadi, gunakannya secara minima setiap hari dan jangan gunakannya secara berlebihan.
Jika anda rasa susah untuk menelan dan menguyah bunga cengkih, boleh juga amalkan dengan masukkan kedalam minuman panas seperti air teh. Memang sedap bila minum air teh cengkih. Aromanya teramat wangi. rasa segar bila lepas minum air teh yang berisi bunga cengkih. Teh cengkih sesuai untuk anda yang alami masalah batuk-batuk.
Selain itu, ada juga dipasaran ekstrak minyak bunga cengkih. Ini lagi mudah untuk gunakannya. Jika anda berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang minyak bunga cengkih, boleh klik butang di bawah.
Perihal tentang teh bunga cengkih, jika di bahagian negara arab, teh herba memang amat terkenal di sana. Campur daun teh di dalam air panas dan ditambah dengan bunga cengkih, kulit kayu manis dan gula batu. Hasilnya memang rasa sedap dan segar. Ada juga resepi teh arab yang ditambah lagi dengan serbuk pala dan buah pelaga. Ikut kessesuaian tekak anda sendiri. Bagi saya, kulit kayu manis dan bunga cengkih sudah memadai dan rasa sedap.
Nak diikutkan, memang banyak khasiat terkandung dalam herba bunga cengkih ini. Tetapi ramai yang tidak ketahuinya kelebihan dari sudut perubatan. Jika artikel ini berguna untuk anda atau sahabat-sahabat yang lain, boleh klik dan share dengan sahabat-sahabat anda yang lain di media sosial. Tekan sahaja butang dibawah untuk kongsikan dengan orang lain.