Penyelesaian Secara Tradisional Herba Bunga Cengkih Sakit Gigi Hilang Sakit
1. Pengenalan
Bila terkenangkan masalah sakit gigi, memang musibah yang amat kita tak nak kena. Jika ini berlaku, semua pekerjaan memang tak boleh nak buat apa. Semuanya serba tak kena. Tidur pun tak lena apatah lagi bila nak makan. Minum air saja yang boleh. Jika perut kelaparan, memang tak kenyang dibuatnya. Bersegeralah ke klinik gigi untuk hilangkan masalah ini.
Tapi jika gusi bengkak, memang tak boleh nak buat rawatan. Kena surutkan bengkak dahulu baru boleh nak cabut. Jika berlubang yang boleh ditampal, memang lega dibuatnya, boleh terus buat rawatan. Kalau gigi itu perlu dicabut, kena makan ubat dulu untuk selesaikan bengkak gusi.
2. Klinik Gigi Sesak
Acapkali bila ke klinik gigi, memang tak pernah kosong. Jarang-jarang datang tiada pesakit di klinik. Nak tunggu pun lama juga. Sebabnya doktor kena buat rawatan dengan menggunakan alatan. Dan itu akan mengambil masa. Bukannya seperti perkhidmatan doktor biasa yang perlu diagnosis dan ambil ubat apabila sudah selesai. Sekurang-kurangnya setengah jam juga masa diambil untuk selesaikan seorang pesakit. Jika di hadapan kita ada 2 orang pesakit, sudah tentu minima 1 jam kena tunggu sebelum dipanggil masuk. Itu pun jika kes pesakit itu yang biasa sahaja. Jika kesnya besar, memang kena tunggu masa lebih lama.
Ada klinik yang boleh buat temujanji dahulu. Selalunya kena ambil masa yang lama untuk tiba waktu temujanjinya. Kena banyak bersabar sebelum nak tiba tarikh dan masa berjumpa doktor. Jika nak cepat, kena cari klinik yang kurang orang jawabnya.
3. Penyelesaian Lain
Ada juga dipasaran ubatan yang boleh kurangkan sedikit rasa sakit gigi buat sementara waktu. Seperti ubat cap kaki tiga. Ubat ini memang sinonim dengan sakit gigi. Tabur sahaja serbuk ubat ini di kawasan bermasalah, dan sakit pun hilang. Sekurang-kurangnya hilang sakitnya sebelum dapat berjumpa dengan doktor.
4. Bunga Cengkih Sakit Gigi
Bunga cengkih juga adalah salah satu penyelesaian sakit gigi secara tradisional. Ada banyak versi cara gunanya. Ada juga yang jadikan serbuk dahulu sebelum di sapu di kawasan sakit. Ada yang lumatkan sahaja di kawasan sakit. Dan ada juga yang kemam sahaja bunga cengkih di dalam mulut.
Apa sahaja yang anda buat, asalkan dapat hilangkan sakit gigi. Tak kisah macam mana anda lakukan, janji sakitnya hilang. Memang tak keruan jadinya bila sakit gigi ini berterusan.
5. Minyak Bunga Cengkih
Di pasaran sekarang ini ada juga bunga cengkih diproses untuk dijadikan sebagai minyak. Pati minyak bunga cengkih ini amat sesuai untuk merawat sakit gigi dengan baik. Penggunaannya mudah, hanya sapu sahaja di kawasan yang sakit. Ada juga dipasaran yang dibotol dengan botol yang muncung spray. Hanya sembur sahaja ke dalam mulut.
Memang praktikal minyak bunga cengkih ini, sebabnya banyak kegunaan lain yang boleh diselesaikan. Anda harus ada satu di dalam beg. Di waktu kecemasan, boleh terus gunakannya. Tapi bunga cengkih sakit gigi adalah amat sinonim, walaupun ada banyak lagi khasiatnya. Jika anda ingin ketahui lebih banyak lagi khasiat bunga cengkih, klik butang di bawah.
Jika artikel ini berguna untuk anda atau sahabat-sahabat yang lain, boleh klik dan share dengan sahabat-sahabat anda yang lain di media sosial. Tekan sahaja butang dibawah untuk kongsikan dengan orang lain.